Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday, 31 January 2011

Cinta Dicari Pasti Pergi , Cinta Sejati Kekal Abadi

 

 

CINTA SEJATI

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Ketika kita berciuman?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT...
____
Kita semua agak aneh...dan hidup sendiri juga agak aneh....
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa
yang dinamakan C I N T A . .
_____
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .
Tapi ingatlah...melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .
melainkan awal suatu kehidupan baru . . .

_____
Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimu
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas...
LAGI..
Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .
tapi..ketika cinta itu mati . . .
kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .

_____
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .
MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh
Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .
dan menyadari . . bahwa penyesalan tidak seharusnya ada . . .
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau
buat

_____

TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata " A k u l u p a . ."
Menunggu selamanya ketika kamu berkata " T u n g g u s e b e n t a r "
Tetap tinggal ketika kamu berkata " T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i
"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata " B o l e h k a h
s a y a m a s u k ?”

_____

MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . . .
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .
melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .
BUKANlah apa yang kamu lihat . . .
melainkan apa yang kamu RASAKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .

_____
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .
Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .
sementara air mata yang tersembunyi ,
menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .

_____
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .
Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . .
dapat mencintai seseorang . .
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .



_____
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN karena kita menyadari
bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

_____
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( " Fight For Your Dream" )

Itulah: C I N T A S E J A T I . . .
bukannya seperti: " Easy Come . . . Easy Go "
_____


Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang "yang tersedia"
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di "sekelilingmu"
Lebih baik menunggu orang yang tepat
karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya
"seseorang"
_____

Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.

Cinta jarak jauh… Tegakah kita mempertahankannya?

Rahsia perhubungan bahagia ?? ::
 
1) Sifat jujur dan ikhlas terhadap pasangan
- Ini mungkin nampak senang. Tapi jujurkah anda sekiranya anda keluar bersama teman-teman berlainan jantina (mungkin kemana-mana sahaja) tapi dalam masa yang sama anda memberitahu pasangan “Saya keluar bermain futsal dengan housemates saya”. Mungkin tujuan anda untuk mengelakkan salah faham antara pasangan, jadi di sinilah pula perlunya sifat ikhlas itu. Tunjukkan anda ikhlas terhadap sesebuah perhubungan itu dengan bersikap jujur terhadap pasangan.
2) Jauhi cemburu buta terhadap pasangan
- Saya akui setiap insan yang lahir dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai, dan salah satunya  perasaan cemburu. Tidak salah untuk cemburu (saya sangat yakin dengan kenyataan ini!) namun sejauh mana atau sedalam mana cemburu itu, kita perlu nilai kembali. Kalaulah cemburu anda itu bertempat, boleh membuahkan bunga cinta yang makin mendalam, tiada salahnya. Malah saya mengesyorkan ianya diteruskan. Tapi janganlah cemburu sampai membuatkan pasangan anda berasa terkongkong dengan sikap anda itu. (Bersederhana itu kan lebih baik…)
3) Bertanya khabar dan berkongsi cerita
- Amalkan sikap saling bertanya-khabar di antara pasangan. seperti mana kita bertanya-khabar dengan orang tua kita, lakukan perkara yang sama terhadap pasangan. Selain itu jangan lupa berkongsi cerita dengan mereka. Tidak kisah la apa cerita atau berita sekalipun, kadang-kala cerita kita itu mampu membuatkan mereka tersenyum.
4) Selalu ungkapkan perasaan sayang/cinta terhadap pasangan
– Ada orang mengatakan perasaan sayang itu tidak perlu diluahkan, kerana boleh dilihat dari tingkah-laku pasangan. Maka kalau berjauhan pula, bagaimana mahu ditunjukkan? Oleh itu, ucapan I Love You, I Miss You, akan sentiasa menjadi ucapan keramat yang dinantikan oleh pasangan yang tinggal berjauhan. Percayalah, ucapan yang mesra seperti itu (atau apa2 ucapan yang anda suka) membuatkan hubungan antara pasangan lebih\bermakna dan diri akan sentiasa rasa dihargai.
Kata orang, kalau masih sayang, semua terpahat di hati. Kalau sayang itu suda lari, maka hanya air mata menemani diri. Maka jangan sekali-kali membiarkan perasaan sayang dan cinta itu berlalu pergi. Saya mendoakan agar kita semua akan sentiasa berbahagia bersama pasangan masing-masing. Jauh atau dekat bukan penghalang bagi memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Semoga perhubungan yang suci itu akan sentiasa diredhai dan dipayungi rahmat Ilahi. Ameenn…
One of the best moment in life is when you find a shoulder to cry and a pair of ears to listen!

Saturday, 22 January 2011

sedih sangat..=((




assalamualaikum..
baru-baru nih ada org cr gduh ngn aku. aku pn xthu  lar knpa dia tuh xpuas ati st ngn aku. aku rsa aku xda bt slah papepn ngn dia. ntah knpa lar dia nk cr gduh ngn aku. xphm lar. aku sedih gak bab aku xcr gduh ngan dia. tp dia dk cr gduh ngan aku, " babi " lak dk kta kt org. humm. tah lar nk ckp. xthu lg nk luah kt spa pe aku rsa time tuh. rsa terhina sgt lar. aku harap org yg berkenaan tuh fikir2kan lar pe yg kau dh bt. suatu hri nnt kau akn dpt blasan gak klu kau dk gna kta2 kesat kt org lain. smpai xdpt nk bezakan manusia & binatang. aku harap kau xbt mcm nih lg kt org seterusnya. aku harap kau dpt bertaubat lar ye. sembahyang byk2. minx kau dpt jd org yg mulia di sisiNYA. aku xthu lg pe nk ckp. aku xcr gduh pn ngan dia. tp tuh lar. ada je nk gduh dgn org kan. ssh lar cmtuh. xde ssb pape. tp dk kutuk2 org kt fb. tapi aku dgr fb da nk hapus. lega aku rasa. ada fb pn, org dk maki2 org je. bek xpyh ada lg senang kn. tuh je kot aku nk luah kt cni. aku rsa xthn lar ngan pangai dia. tp aku pn xleh nk fikir sgt psal dia. dia bkn sesiapa pn bg aku. aku xpyah lar amek srius sgt hal kecik2 mcm nih. bt dun no je. tp aku nih jnis yg ska bfikir klu xsetel btul2. aku xleh nk happy klu aku da masalah or aku nga fikir somethings. tp xpela, nk bt cne da dia mcm tuh. suka cari gduh ngan org gunakan kta2 kesat nih. humm. sedih sgt lar. marin aku da g jmpa dia. aku harap dia leh fikir lar baik2. aku nk baik2 je ngan suma. tp biasa lar manusia nih. ada sja yg xtul. msti nk gduh gak cnepn. xphm lar aku. xpela, aku harap sgt dia da ok. xde pape lg prob ngan aku. aku da minx mf kt dia. wlaupn slah dia. aku yg minx mf dlu sbb aku nk cpt setel prob nih. dia gunakan gmb aku.dk jaja mcm2 lak psal aku. 1 pun xtul pe yg dia kta tuh. tp xpe, ALLAH maha mengetahui. pape perbuatan kita sumanya ALLAH mengetahui. klu kita betul, tetap kita betul. lainla klu org menambah2 crita bkn. manusia pn bknnya sempurna. aku pn pnh bt slah gak. minx mf lar. aku harap kau berubah lar ye.salam.=(



Tuesday, 18 January 2011

PADI YANG MENHIJAU..❤❤❤


KENANGAN BERSAMA MEMEMBE..SKANG DA JARANG JUMPA DA..


BEST FRIENDS




 SATU SEKOLAH DARI DARJAH 2..AKU PINDAH SINI MASA DARJAH 2..
 

























 







NADIRA






SYIRA
 

AKU & RAHIMAH


Saturday, 15 January 2011

Petua hilangkan parut jerawat..




Petua menghilangkan parut jerawat. Hari ini saya akan kongsikan petua ataupun tips kecantikan, iaitu petua hilangkan parut jerawat yang saya cari di internet. Jom cuba petua menghilangkan parut jerawat dibawah.

 Menghapuskan Jerawat
 
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
 
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
 
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
 
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
  1. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
  2. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
Alat Solek Tidak Sesuai
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
 
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
 
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.


MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan. 

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.


Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu. 

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Friday, 14 January 2011

BILA JEMU DATANG MENYAPA KITA..❤❤❤






JEMU, makhluk yang sering hinggap dalam kehidupan manusia, hatta haiwanpun mengalami perasaan sebegitu, dan mengapa jemu sering hadir dalam hidup manusia di dunia? Adakah ia sekadar pelengkap kepada makhluk-makhluk yang ada di dunia ini untuk mencuba sesuatu yang baru dan merekacipta bentuk-bentuk baru dalam dunia ini setelah jemu dengan apa yang ada dan mencuba yang baru. Dari itulah Allah ciptakan perasaan jemu ini dalam diri manusia agar ada daya usaha dan terciptanya masalah untuk manusia selesaikan serta kehidupan boleh berkembang dan membiak dengan pelbagai rupa, cara, kaedah, warna serta rasa.

Kalau kita lihat maksud jemu ialah perasaan yang sudah tak berkeinginan lagi dan  dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia, sinonim dengan bosan, jelak, muak, cemus, jenuh, lugu, cermuih, pasai.  

Setiap naluri manusia yang ada di dunia ini, sering berubah-ubah persepsi, keinginan dan kehendak yang tak pernah merasa puas. Setiap apa yang dipunyai bagaikan tak pernah memberi kepuasan, nak juga yang lain dan baru. Ini menimbulkan kejemuan pada apa yang dah ada dalam kepunyaan, nak juga mendapatkan yang lain, yang belum dirasai.

Allah ciptakan semua makhluk-makhluk yang ada di dunia ini dengan sifat-sifat yang tiada berkualiti, tiada berkuantiti dan terhad. Timbulnya rasa jemu dikalangan makhluk Allah terhadap apa-apa yang di dunia ini kerana sifat-sifat yang ada dalam makhluk itu.

Jika kita lihat apa yang berlaku sekarang ini dari pelbagai sudut seperti kehancuran sosial, politik dan ekonomi adalah berkaitan dengan kejemuan yang melampau dalam diri manusia itu sendiri. Perkahwinan yang hancur asbab kejemuan antara pasangan, kejatuhan pemerintahan asbab kejemuan rakyat dengan pemerintah dan kerosakan urusniaga asbab kejemuan atas apa yang diperolehi yang semakin tak cukup. Dan banyak lagi kejemuan-kejemuan yang hadir dalam sanubari manusia menyebabkan pelbagai ketidakpuasan ditimbulkan oleh manusia yang merekacipta pelbagai masalah-masalah yang sedang mengembang.

Dan jika kita lihat, kejemuan yang wujud dalam diri manusia memberi kesan yang pelbagai iaitu terekanya benda-benda baru ataupun timbulnya masalah-masalah baru.

*************

Cuba kita lihat di dalam diri kita sendiri, dalam bab makan, jika diberi makanan yang lazat untuk pertama kalinya, pasti ianya  sedap, untuk kali kedua, ketiga, keempat dan kelima kalinya pasti jemu nak makan makanan yang sama, timbulnya rasa jemu dan muak untuk makan makanan yang lazat tadi. Dalam bab orang bercinta, sekarang ini, orang bercinta sering berutus mesej melalui sms, kali pertama kita membaca sms, ia menimbulkan keghairahan dalam hati terhadap apa yang ditulis oleh kekasih hati, jika kita baca untuk kali kedua, ketiga, keempat dan mungkin ke lima puluh kalinya pasti tiada lagi keghairahan dan rasa jemu akan menghantui kita.
Begitu juga dengan orang yang minat tentang kenderaan seperti kereta, untuk pertama kalinya, jika seorang itu membeli kereta baru, pasti ia akan menjaga kereta itu dengan baik dan berhati-hati takut tercalar atau sebagainya, namun bila dah tiga, empat bulan dan setahun tiada lagi keinginan untuk kita menjaga kereta tersebut, timbul rasa jemu dan ingin nak guna kereta yang baru lagi. Begitu juga dengan telefon bimbit, computer yang sering berubah-ubah setiap masa yang memberi manusia itu untuk memilih jenama dan produk yang lebih canggih lagi, sebab nak satu ke”baru”an dan yang lebih kedepan lagi.

Begitulah kita lihat keadaan yang ada di dunia ini penuh dengan kejemuan dan manusia seperti akupun timbul jemu juga dengan apa yang ada di dunia ini. Ada yang jemu nak hidup, jemu dengan kerja yang ada, jemu menganggur, jemu dah jadi seorang kakitangan kerajaan, jemu sebagai seorang usahawan, jemu sebagai seorang suami, jemu sebagai seorang isteri, jemu seorang bujang dan kejemuan itu datang bila kita sudah memiliki sesuatu yang kita hajati.

Persoalannya, perlukah jemu dalam hidup kita?

Mungkin jemu ini perlu ada sebab kita tinggal di alam dunia yang fana, tapi di alam akhirat masih relevenkah perasaan jemu ini?

Tapi cubalah membaca surah Al Fatihah(dalam solah), pasti tidak jemu, mengapa menjadi begitu? Dan juga amalan-amalan agama yang lain, semacam ada satu yang begitu indah dan manis...mari kita mencuba...pasti tiada jemu...





"Scuba Diving..Is one of the greatest sports of all time.."










Thursday, 13 January 2011

CARA MEMAHAMI WANITA





 Itu pertanyaan yg sering muncul ketika kita coba berempati pada wanita , seringnya kita tidak memahami wanita , ketika kita sudah peduli pun kita belum memahaminya , sampai sekarang !!! ?
Lalu bagaimana caranya kita dapat memahami wanita ?
Memang tidak mudah untuk memahaminya namun ada beberapa tip yang harus kita lakukan-bukan untuk dipikirkan , dari yang kita lakukan itu kita akan evaluasi sehingga kita akan memahami karakter dari wanita . Karakter ini yang akan kita tangkap , sebagai pegangan kita karena itu akan melandasi jalan berprilakunya , bertingkahlaku , sifat emosionalnya dan sebagainya . Intinya adalah bagaimana memahami wanita dengan mencari karakter wanita .
Pertama yang kita coba cari adalah apakah hobi dari wanita tersebut , caranya ? anda lebih tahu bagaimana mendapatkan informasi dari wanita , sebab anda adalah yang paling dekat dengannya , jika tidak mengetahui tanya pada sahabatnya , jika mau lebih valid tanyakan langsung padanya , dengan 1000 komunikasi yang baik tentunya , baik dengan cara berbincang, mengingat masa lalu, atau yang paling terbuka adalah tanya langsung apa hobinya .
Dari hobi tersebut kita coba menangkap karakter dari wanita itu , sebab hobi adalah merupakan suatu kesenangan bagi seseorang, hobi bisa melupakan segalanya , hobi adalah perbuatan yang akan melandasi karakter seseorang .
Sebuah contoh adalah seorang wanita yang suka menyulam , paling tidak kita mengetahui bahwa karakter dari wanita itu adalah penyabar , keibuan , teguh pendirian , mandiri dan sebagainya . Mengapa kita bisa menangkap karakter itu ? sebab dengan menyulam kita membutuhkan kesabaran , keuletan , waktu yang khusus , dan sangat feminim bukan.
Cara memahami wanita adalah dengan “melihat kebelakang” apa yang pernah terjadi selama ini dengan dia . Maksudnya adalah komunikasi-komunikasi terdahulu dengan dia , mudahnya adalah mengingat konflik yang pernah terjadi , masih ingat bukan ? tujuannya adalah kita dapat memahami karakternya ketika menghadapi suatu masalah , apa yang dia lakukan ketika pertama kali mendapatkan masalah tersebut , saya namakan ”the first time-date” maksudnya adalah reaksi pertama ketika dia merasakan konflik tersebut , apakah ia menangis , apakah tetap tenang , apakah dia tegang , apakah dia langsung marah , apakah ia emosional dan sebagainya .
Jika masih tidak menemukan konflik yang terjadi dimasa lalu , coba anda lakukan suatu ”tes masalah” , maksudnya adalah anda membikin suatu masalah namun mengetahui resikonya dan mengetahui harus bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut , jika bisa diselesaikan sendiri , lakukanlah , jika tidak mintalah bantuan orang ketiga yang anda percaya .
Namun jika anda merasa ragu untuk melakukan hal diatas , saya sarankan anda tidak melakukanya . Yang lebih aman lagi ada , yaitu anda memberi kejutan padanya . Anda lihat ekspresinya dari kejutan yang anda berikan . Tentunya tidak sekali , untuk melakukannya dan memahami karakternya . Lakukanlah beberapa kali kejutan , dari situ anda dapat mengetahui karakternya . Mengapa saya sarankan beberapa kali ? Tidak sekali ? karena biar anda tidak terkecoh dengan kesimpulan anda sendiri . Tip kejutan ini tidak akan berarti kalau dilakukan sekali karena itu tidak akan menimbulkan suatu karakter . Namun tidak terlalu sering ya , karena itu akan menimbulkan kebosanan dan kejemuan .
Kesemua tulisan di atas salah satu cara yang mungkin tidak mewakili semuanya , bagi yang belum menemukan silahkan coba tip sebelumnya atau berikutnya
anda berkomunikasi dengan orang ketiga , maksudnya adalah anda dapat mengetahui karakter wanita anda dari teman dekatnya , sahabatnya , atau bahkan dari keluarganya . Mengapa tidak? Anda tidak harus malu untuk mengetahui semuanya , karena ada sisi positip dari pertemuan dengan sahabat atau keluarganya , anda memang mau menikah dengan wanita yang dekat dengan anda ? tapi apakah anda tidak ingin dapat bonus dekat dengan sahabat dan keluarganya . Dengan bertemu dengan mereka hidup anda akan lebih berwarna dan indah, maksudnya adalah baik adanya pertemuan menimbulkan persahabatan , pertengkaran , ketegangan , menurut anda apakah itu tidak mewarnai hidup anda ? coba anda simak bukankah hidup anda lebih berwarna dengan adanya itu .
Jika tulisan diatas itupun sulit anda lakukan , tip yang lain adalah anda dapat berkomunikasi dengan sahabat anda sendiri , anda dapat berdiskusi dengannya . Apa yang harus dibicarakan ? ada banyak hal yang anda bisa anda tanyakan padanya , tapi yang paling efektip adalah mengetahui perjalanan hidupnya , bagaimana berkomunikasi dengan wanita , berhubungan dengan wanita ? dan sebagainya , karena itu akan menjadi ”guru yang terbaik” buat anda . Anda tidak harus melakukannya bukan ? ambilah pelajaran dari hidupnya , yang baik tentunya anda lakukan yang tidak baik jadikanlah cermin bagi hidup anda . Ok
Bersyukurlah bagi anda yang telah menemukan karakter dari wanita dekat anda , bagi yang belum kita akan coba dengan tulisan ini semoga bermanfaat .
 Yang harus anda pahami adalah bahwa laki-laki dan wanita adalah berbeda ? anda sudah tahu tentunya , tapi maksud saya adalah anda benar-benar memahami bahwa anda berbeda dalam sifat , tingkah laku , perlakuan , perbuatan dan jangan coba-coba anda berkeinginan mengubah karakter wanita anda karena anda akan kecewa ? yang anda dapat lakukan adalah berbuat apa yang terbaik anda lakukan karena dengan tanpa disadari dia akan meniru perbuatan anda , ini bukan harapan tapi ini adalah bonus dari karakter yang kadang muncul kadang tidak . Jadi jangan anda harapkan .
Jadi bila tip-tip yang saya berikan tidak ada yang berguna untuk anda saya mohon maaf , karena itulah yang terbaik yang saya dapat berikan untuk anda . Berikanlah kritik dan saran untuk saya karena itu akan berguna untuk saya dan menjadi pelindung dan pembatas saya untuk berbuat baik dan lebih baik lagi .
Thingking b+ (be positif) cause make u happy ?


RAHSIA WANITA 



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wanita mulia di sisi Allah s.w.t..



Diceritakan dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As SamarQand; 
Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya. 

Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata: "Apakah engkau tidak malu ??? " 

"Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri" 

“Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,matayang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanita itu. 

Oleh kerana timbul rasa cinta, tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini. 

Bertanya wanita itu lagi : "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku?" 

Kata Hasan al-Basri itu : "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu" 

Jawab wanita itu : "Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan " 

Hasan al-Basri mengira, bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut, maka dia pun kembali. Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan sapu tangannya. Hasan al-Basri membuka penutup,terpandang akan sepasang mata wanita tadi. 

Kata pelayan itu : 
"Sesungguhnya saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"

Gementarlah hati Hasan al-Basri, berdirilah buluromanya serta dipegangi dagunya seraya berkata, "Sungguh celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu". Dia pun menyesal dan bertaubat dari saat itu,berterus-terusan menangis semalaman. Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanita itu,untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia. Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya. 

Pada malam ketiga bermimpilah Hasan al-Basri melihat wanita itu sedang duduk di dalam syurga. 

Dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi. 
"Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya.” 

Kata wanita itu ; "Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah,oleh sebab engkau" 

Kata Hasan al-Basri lagi ; "Berilah aku nasihatmu" 

Kata Wanita tersebut; "Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah} kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya." 

Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala. Dan dia pun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.


WANITA CANTIK..

Kecuali jika seseorang itu mengalami masalah mental, atau mempunyai obsesi yang pelik-pelik, tiada manusia di dunia ini yang tidak menyukai kecantikan.
Saya suka kepada kecantikan. Anda pun tentu suka. Malah kita pun disunnahkan menjaga kecantikan, asalkan jangan sampai melampaui batas.
Tapi kadang-kadang saya keliru. Ada orang yang melihat kecantikan sebagai segala-galanya. Mahu cantik, mahu bergaya, mahu nampak menyerlah, biarlah banyak berbelanja, biarlah agama digadai.
Bukanlah kecantikan fizikal yang diutamakan, tapi kecantikan rohani. Apalah gunanya wanita yang cantik, yang rupawan, tapi mendedahkan aurat. Bentuk badannya diketahui ramai, rambutnya pula digayakan dengan fesyen yang berbagai. Ditambah pula dengan gaya yang manja dan mesra yang melampau, dia menayangkan ‘keindahan’ ini kepada lelaki yang haram untuk melihatnya. Sesiapa yang memandang dengan sengaja akan mengundang dosa. Kita khuatir si penayang auratlah yang akan paling banyak menanggung dosa akibat perbuatan tersebut.
Semoga Allah memberikan hidayah dan keampunan kepadanya dan kita semua!
Sedangkan di sisi yang lain, mungkin ada wanita yang tidaklah cantik pun. Tapi agamanya dipelihara seteguh-teguhnya. Quran dan Sunnah dijunjung tinggi. Inilah wanita yang cantik sebenarnya. Sebagai seorang muslim, saya tentu mahukan wanita seperti ini sebagai isteri. Begitu juga lelaki muslim lain, harus berfikiran serupa, sebab inilah yang dituntut agama kita dalam soal mencari bakal isteri. Inilah kecantikan yang ditekankan Islam, malah ini adalah sejenis kecantikan yang boleh dibina dan dibaiki. Sesiapa saja boleh memilikinya, dengan izin Allah, soalnya nak atau tak nak sahaja. Ingat betul-betul sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika datang kepada kalian orang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Sebab, jika kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang luas” (At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya, disetujui oleh Az-Zhahabi. Lihat Sahihul-Jami’)
Pada masa yang sama, janganlah lupa, jika inginkan suami atau isteri yang baik, diri sendiri harus diperbaiki terlebih dahulu. Jangan sesekali berubah kerana berniat ingin mencari pasangan, tapi mestilah ikhlas kerana Allah. Bila anda berubah kerana Allah, barulah anda bakal ditemukan oleh Allah dengan jodoh yang baik-baik. InsyaAllah.
Jika anda mahu sangat isteri yang cantik, sedarlah bahawa kecantikannya itu pasti akan hilang. Jika anda meletakkan kebahagiaan kepada kecantikan fizikal semata-mata, tentu anda akan semakin kurang bahagia apabila isteri anda semakin menua. Tapi jika anda meletakkan kebahagiaan anda kepada keimanan dan ketaqwaan si isteri tersebut kepada Allah, anda akan bahagia selama-lamanya. InsyaAllah.
Bukannya saya kata tidak boleh mencari isteri yang cantik. Maksud saya di sini ialah kecantikan rohani jauh lebih utama berbanding kecantikan jasmani.
Sedihnya, pada zaman ini, konsep Islami yang unggul tentang kecantikan ini telah semakin pupus. Idea dan konsep tentang kecantikan banyak dipengaruhi falsafah barat. Mereka perjuangkan kecantikan fizikal dan materialistik. Wanita dilihat sebagai objek. Pada masa yang sama, pemikiran kaum wanita diperdaya dengan konsep bahawa penyerlahan tubuh badan wanita itu sebagai satu hak asasi dan simbol kemuliaan wanita. Padahal ini konsep yang keliru dan karut.
Menurut Islam, wanita adalah kaum yang mulia, harus dilindungi dan dipelihara baik-baik. Keindahan fizikal yang ada pada mereka bukanlah untuk tayangan umum, tapi untuk suami-suami mereka. Sedangkan suami berperanan menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan isterinya dengan sebaik-baiknya. Peranan wanita bukanlah sebagai hamba kepada kecantikan duniawi, tapi sebagai khalifah Allah, selain peranan spesifiknya sebagai ibu yang mendidik generasi baru umat Islam.
Bak berlian yang cantik, mengapa mahu ditunjuk-tunjukkan? Adakah kita mahu ianya dicuri? Dirompak? Tentu tidak. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua.

Wednesday, 12 January 2011

SINETRON ALISA..






Sinetron Alisa mula menemui penonton di TV3 pada 8 Jun 2010 setiap hari Isnin - Khamis pada pukul 2.00 petang
 
BARISAN PELAKON : 
* Alyssa Soebandono
* Christian Sugiono
* Nia Ramadhani
* Ali Syakieb
* Marcel Chandrawinata
* Didi Riyadi
* Farish
* Hanna Hasyim
* Riyanto RA.
* Frans Tumbuan
* Shinta Muin
* Ana Pinem
* Ivanka Suwandhi
* Donna Harun
* Cindy Fatika Sari
* Adjie Pangestu
* Rima Melati
* Leuvenia Fernanda


Sinopsis sinetron Alisa..

Alisa (ALYSSA SOEBANDONO) dan Evan (CHRISTIAN SUGIONO) bertemu dalam situasi yang tidak menyenangkan. Alisa yang bekerja sebagai SPG minuman menabrak Evan hingga jatuh saat mengejar pencuri dagangannya. Evan marah besar karena jasnya menjadi kotor, padahal saat itu ia sedang bergegas menemui klien incarannya.

Namun takdir mempertemukan mereka kembali. Ternyata Alisa kemudian menjadi salah satu mahasiswa bimbingan Evan. Karena kesan awal yang sudah menyimpan amarah satu sama lain, maka mereka selalu bertengkar dan berdebat sengit. Alisa tidak suka dengan sikap Evan yang angkuh, sok playboy, mengajar malas-malasan, kasar dan meremehkan orang miskin. Sementara Evan tidak suka sikap Alisa yang sok pintar, sok punya harga diri, membangkang, tidak menghormatinya dan sering mempermalukannya di kelas.

Alisa adalah gadis sederhana yang harus bekerja macam-macam untuk membiayai hidup sehari-hari juga pengobatan ayahnya. Salah satunya, Alisa bekerja menjadi tukang cuci bajunya Natasha (NIA RAMADANI), yang ternyata adalah pacar nomor satu Evan diantara sekian banyak wanita yang mengelilingi Evan.

Setelah melalui lika-liku permusuhan yang panjang, Evan dan Alisa akhirnya sama-sama tak bisa mengingkari suara hati mereka yang paling dalam, dimana sebenarnya mereka saling menyukai satu sama lain. Mereka pun menjalin hubungan hingga akhirnya bersiap menuju ke pelaminan.

Tapi kemudian pernikahan mereka digagalkan oleh kenyataan bahwa keduanya adalah bersaudara. Alisa ternyata adalah putri dari perselingkuhan Henri, ayah Evan. Mereka berdua pun sama-sama terpukul menerima kenyataan ini.

Bagaimana kelanjutan kisah cinta mereka?.. akankan Alisa dan Evan bersatu?.. atau apakah mereka akan kembali pada kehidupan dan pasangannya masing-masing?