Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 22 October 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS







Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday, 18 October 2011

Apakah maksud menjadi teman lelaki?..












Teman lelaki ataupun boyfriend ataupun kekasih, apa-apa sajalah yang korang gelarkan untuk lelaki yang menjadi “lebih daripada kawan” kepada seorang perempuan yang lain.  Gay-gay tak masuk ya dalam topik ni, tak de faedah orang kata.  Sesiapa yang pernah menjadi seorang teman lelaki, mesti sudah tahu perasaanya, terutama yang setia dan tidak main-main, iaitu hubungan yang serious.  Ada je yang jadi ‘couple’ sekadar nak suka-suka, sekadar nak menunjuk golongan ni tak leh pakai, tak de masa depan.
Teman lelaki yang aku maksudkan dalam artikel ni adalah teman lelaki yang setia, yang memang serious berniat untuk kahwin dengan perempuan tersebut, macam aku..haha.. berbalik kepada topik, artikel ni aku nak ceritakan perasaan menjadi seorang teman lelaki yang sedemikian.  Adakah ia sesuatu yang menyeronokan?  Ataupun menyedihkan? Ataupun menakutkan? Ah, yang tu lah kita nak kupas.. zaassss…
Sebelum aku menceritakan tentang perasaan, aku ingin menceritakan apa kelebihan menjadi seorang teman lelaki berbanding lelaki yang lain.  Pada pandangan aku, menjadi seorang teman lelaki kelebihan dia -
  1. Korang akan ada 50% chance untuk dapatkan perempuan tersebut sebagai seorang isteri
  2. Perempuan itu akan lebih menyanyangi anda berbanding lelaki lain
  3. Perempuan itu akan lebih ambil berat tentang anda
  4. Jika korang tak sorok-sorok hubungan korang maknanya family perempuan tu dah accept anda, lebih berbanding lelaki lain
Itu adalah kelebihan menjadi seorang teman lelaki, menarik bukan?  Sebelum melompat ke kesimpulan, baca dulu list yang seterusnya, apa kekurangan menjadi seorang teman lelaki -
  1. Korang akan lebih besar percentagenya untuk bergaduh dengan perempuan tersebut berbanding lelaki lain
  2. Korang yang akan jeles bila perempuan itu bercakap/keluar dengan lelaki lain, lelaki lain tak de rasa pape
  3. Korang yang akan kecewa bila perempuan tu kahwin dengan orang lain, lelaki lain tak rasa pape pun
  4. Korang yang akan kena pastikan dia happy, jaga dia, lelaki lain tak perlu pun
  5. Korang hanya mampu berharap dan berusaha, sedangkan yang menentukan Allah
Jadi sekadar untuk mendapat 50% sahaja peluang dapat ambil perempuan tu sebagai isteri, dan sedikit lebih perhatian diberi sanggupkan anda untuk merasai segala keresahan, kesusahan, ketidakpastian?  Aku sanggup, tu namanya cinta.. acecececeh.. Jika korang sanggup, pastikan korang ingat list dibawah ni, menjadi seorang teman lelaki tidak bermaksud -
  1. Korang boleh halang dia dari menjalani kehidupan dia, dia nak keluar dengan sapa pun tu kena ikut si perempuan lah, sebab korang teman lelaki je bukanya suami.
  2. Korang perlu diutamakan, perempuan tu mungkin mengutamakan kawan-kawan rapat dia (perempuan) dan keluarga, jadi terima lah kalau dia lebih prefer nak keluar dengan kawan-kawan dia ataupun family berbanding korang.
  3. Korang 100% akan kahwin dengan dia, jangan terlalu berharap.. dunia ni penuh cabaran.. hanya perlu usaha, dan serahkan yang lain pada yang Esa.
Aku bukan ingin galakan couple-couple ni, tapi kalau nak, pastikan jangan terlajak.. baru gf/bf bukan suami/isteri lagi ya.. INGAT TU.

Monday, 17 October 2011