Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, 30 December 2010

Makin Tua.. Makin Cemburu..



Cemburu ialah satu perasaan yang hadir dalam hati setiap insan tanpa mengira lelaki mahupun perempuan, kecil ataupun besar, tua mahupuhn muda. Hadirnya lantaran rasa sayang terhadap sesuatu atau seorang, juga disebabkan rasa bimbang akan kehilangan orang atau perkara yang disayangi.


Bagaimanapun tidak semua manusia mampu mengawal rasa cemburu. Lantaran itu timbul apa yang dikatakan sebagai cemburu melulu atau lebih tepat lagi cemburu buta.

Ada juga yang mengaitkan cemburu dengan usia. Biarpun cemburu tidak mengenal batas usia, namun ada yang mengatakan, semakin berusia seseorang, semakin tinggi tahap cemburunya. Begitu juga ada yang berpendapat bahawa wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki. Benarkah itu?

DEFINISI CEMBURU:

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan cemburu sebagai kurang percaya atau syak wasangka. Perasaan ini timbul kerana adanya rasa bimbang dan syak wasangka terhadap kesetiaan orang yang dicintai. Rasa cemburu bukan sahaja wujud dalam sebuah hubungan suami isteri atau kekasih, tetapi juga adik-beradik, anak-beranak, dan juga rakan sekerja. Sifat cemburu merupakan naluri manusia yang sukar dibendung. Terdapat dua jenis sifat cemburu iaitu  cemburu yang positif dan cemburu yang negatif. Cemburu yang positif ialah rasa iri terhadap sesuatu atau seseorang yang boleh membuatkan kita berusaha untuk meningkatkan pretasi diri. Cemburu yang negatif pula ialah cemburu yang bersifat melampau. Ia tidak digalakkan kerana boleh menggugat sesebuah hubungan sehingga ke tahap yang ekstrem.