Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 2 April 2011

Ciri-ciri orang yang berjaya..



Salam peace to all readers out there, 
 
Kejayaan dan kegagalan semua terpulang kepada sikap diri kita. Sikap ni sukar dibentuk dan diubah. Tapi kajian mendapati , cara paling mudah nak ubah sikap kita ni , ialah dengan mengubah sikap buruk dengan sikap yang lebih baik dan bagus. Once you have archieved this, success is easily archieveable.

Antara sikap - sikap orang yang berjaya yang aku perasan la ni ialah,

1. Orang yang berjaya , mestilah memahami objektif yang ingin dicapai. Mereka mestilah berusaha setimpal dengan apa yang dia inginkan , barulah tercapai objektifnya.

2. Orang - orang yang berjaya , pandai membuat keputusan dengan cepat dan ikut panduan yang diberikan. Jika keputusan terpaksa ditukar , mereka akan berfikir panjang sebelum mengubah keputusan.

3. Orang yang berjaya , ialah seorang pendengar yang bijak. Orang seperti ini , bukan sahaja mendengar , malahan memahami apa yang cuba disampaikan.

4. Orang yang berjaya , merancang setiap aktivitinya . Orang ini , akan list down kerja yang patut dibuat keesokkan harinya .

5. Orang yang berjaya , menyimpan diari ( dan Blog )  haha.

6. Matlamat orang berjaya , bukanlah sekadar menyiapkan tugasannya , malahan mencuba buat yang terbaik. Apabila mereka ini diberikan tugasan , mereka akan buat dengan bersungguh - sungguh  dan tidak akan diganggu oleh orang disekitarnya.. Walaupun mereka diberi tugasan yang mereka tidak sukai , mereka tetap melaksanakannya . Senang cerita , mereka nak perfect je la :)

7. Orang yang berjaya ,ialah seorang yang kerjakuat , sistematik , dan mendetailkan segala apa yang dilakukan.

8. Orang yang berjaya , akan sentiasa mengingatkan diri sendiri. Mereka akan memotivasikan diri sendiri supaya tak cepat give up dan percaya yang mereka boleh melakukannya .

9. Orang yang berjaya , percaya akan diri sendiri. Mereka sentiasa membayangkan kejayaan . Secara tak langsung , ianya terus mendorong mereka membuat yang terbaik dalam setiap yang dilakukan.

10. Orang yang berjaya , sentiasa bersemangat , bertenaga dan bersedia.

11. Orang yang berjaya , mempunyai misi dan visi tersendiri. Mereka bekerja untuk mencapai sesuatu dan bukanlah semata- mata kerana duit.

12. Orang yang berjaya adalah sangat sistematik dan berdisiplin

13. Dan yang terakhir ialah , orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan untuk berjaya , dan kegagalan bukanlah penyebab jatuhnya semangat.

Baca dan amalkan ye :D
 
Semoga kita menjadi orang yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT