Glitter Text Generator at TextSpace.net Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 23 April 2011

Saturday, 16 April 2011

SAYANG MAK !!


SAYANG SANGAT KAT MAK..

Monday, 11 April 2011

Saturday, 2 April 2011

TUGAS SEORANG JURURAWAT..???

..::Salam::..
hari nie aku nak cerita tentang tugas seorg jururawat....


tugas jururawat nie bukan setakat merawat semata-mata....

bnyak lagi tugas yg perlu dilakukan selain  daripada merawat....


actually banyak peranan nurse nie.....
nak tau ape peranan sebagai seorang nurse..???




J - JARI JEMARI
Jari jemari jururawat yang lembut melayan pesakit merupakan satu rangsangan ke arah penyembuhan pesakit dengan lebih cepat. Sentuhan jari jemari jururawat yang lemah lembut sangat penting bagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada pesakit.
Jari jemari jururawatlah yang menyuapkan ubat ke mulut pesakit yang kritikal, membetulkan alatan pesakit, menyelimutkan pesakit dan pelbagai lagi rawatan dan perhatian jururawat kepada pesakitnya.

U - USAHA
Jururawat perlulah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya. Jururawat adalah pembantu setia kepada doktor. Jururawat perlu berusaha membantu doktor dan pesakit dengan semangat dan usaha yang jitu tanpa rungutan dan bantahan terhadap pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.
Usaha murni jururawat membantu pesakit sangat dipandang tinggi oleh pesakit khususnya dan masyarakat amnya.

R - RAWAT
Tugas utama jururawat adalah merawat pesakit yang telah didiagnosa sakitnya oleh para doktor. Tugas merawat meliputi pelbagai kaedah rawatan. Ada jururawat yang kreatif dengan bercerita dan memotivasi pesakit dengan kata-kata yang manis dan merdu didengar oleh telinga pesakit agar pesakit cepat sembuh.
Ada yang merawat dengan pelbagai kaedah perubatan yang dicadangkan oleh doktor. Pesakit lumpuh akan sentiasa didorong untuk berjalan dan dilatih dengan baik agar dia mampu bergerak sedikit dan diberi harapan.

U - UMPAMA LILIN
Masih ingatkah kita kepada nama besar dalam dunia kejururawatan iaitu Florence Nightingale yang sepanjang hayatnya merawat dan membantu pesakit. Pada waktu malam Nightingale melawat setiap katil pesakit dengan menggunakan lilin di wad pesakit yang serba kekurangan.
Layanan Nightingale yang penuh keikhlasan dan kemurnian hati itu menjadi simbol bahawa dunia kejururawatan adalah profesion yang penuh dengan nilai murni bagi membantu pesakit untuk pulih dan membina kehidupan baru.

R - RESPONS
Seorang jururawat itu perlulah sentiasa memberi respons kepada masalah dan pertanyaan pesakit yang dikemukakan kepadanya. Respons yang diberikan oleh jururawat kepada pesakitnya perlu mempunyai hemah dan etikanya agar pesakit tidak terkejut atau terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh jururawat.
Contohnya jika pesakit yang mempunyai penyakit kritikal bertanya kepada jururawat, "Puan, macam mana dengan sakit saya, ada peluangkah atau tidak untuk sembuh", dengan hemah dan budi bahasa jururawat akan menjawab dengan lembut, "Insya-Allah, setiap sakit ada ubatnya, bersabarlah, kami akan menjaga encik dengan baik". Begitulah yang dikatakan respons yang baik yang perlu jururawat berikan kepada pesakit.

A - AMALAN
Seorang jururawat perlu memberi perhatian kepada amalan sebagai jururawat yang baik seperti berbudi bahasa dan berlembut dalam tingkah laku dengan pesakit, mempunyai keperibadian yang baik dari segi penampilan dan imej. Bermanis muka dan kaya dengan senyuman kepada pesakit. Datang tepat pada masa, mempunyai integriti yang tinggi terhadap kerahsiaan dan rekod pesakit.
Seorang jururawat perlu sentiasa memberi perhatian kepada pesakitnya dan tidak sesekali menyakiti dan bersikap sombong kepada pesakit. Seorang jururawat perlu mempunyai etika, profesionalisme, cekap dan amanah.

W - WIBAWA
Seorang jururawat yang berwibawa sangat diperlukan dan diyakini oleh doktor dan pesakit. Jururawat yang berwibawa tahu dengan benar dan tepat tugasan yang perlu dijalankan tanpa perlu banyak merujuk dan diajar oleh doktor. Adalah amat memalukan jika jururawat itu pula diajar tentang tugas dan peranannya oleh pesakit.
Jururawat yang berwibawa perlu mempunyai sikap ingin belajar dan memperbaiki tugas yang dijalankannya. Jururawat yang berwibawa juga akan sentiasa memberi komitmen, kreativiti dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai jururawat.

A - ASPIRASI
Bukan semua orang boleh menjadi jururawat kerana tugas itu bukan mudah. Dia bukan sahaja merawat pesakit tetapi juga membawa bersama nilai dan aspirasi organisasi tempat ia bekerja. Aspirasi hospital dan klinik-klinik di mana jururawat bertugas perlu dipraktikkan bagi merealisasikan aspirasi tersebut dengan jayanya.

T - TERAS
Teras kepada tugas jururawat adalah integriti dalam menjalankan tugas. Pesakit sebagai pelanggannya adalah fokus utama dalam menjalankan tugas dengan penuh integriti. Teras kejayaan kepada tugas kejururawatan adalah tekun dalam menjalankan tugas, tepat masa dalam kedatangan dan merawat pesakit, tahan cabaran dalam menjalankan tugas serta menjaga kerahsiaan dokumen dan rekod pesakit mengikut kehendak dan keperluan organisasi.




        hah!!..ni dia jururawat yg sebenarnya...korang rasa korang mampu x jadi jururawat ni?....
sebelum nie kita asyik mendengar keluhan tentang jururawat saja...tapi pernahkah kita berfikir tentang peranan jururawat nie....hurmmm....korg fikirlah....




sekian..

Ciri-ciri orang yang berjaya..



Salam peace to all readers out there, 
 
Kejayaan dan kegagalan semua terpulang kepada sikap diri kita. Sikap ni sukar dibentuk dan diubah. Tapi kajian mendapati , cara paling mudah nak ubah sikap kita ni , ialah dengan mengubah sikap buruk dengan sikap yang lebih baik dan bagus. Once you have archieved this, success is easily archieveable.

Antara sikap - sikap orang yang berjaya yang aku perasan la ni ialah,

1. Orang yang berjaya , mestilah memahami objektif yang ingin dicapai. Mereka mestilah berusaha setimpal dengan apa yang dia inginkan , barulah tercapai objektifnya.

2. Orang - orang yang berjaya , pandai membuat keputusan dengan cepat dan ikut panduan yang diberikan. Jika keputusan terpaksa ditukar , mereka akan berfikir panjang sebelum mengubah keputusan.

3. Orang yang berjaya , ialah seorang pendengar yang bijak. Orang seperti ini , bukan sahaja mendengar , malahan memahami apa yang cuba disampaikan.

4. Orang yang berjaya , merancang setiap aktivitinya . Orang ini , akan list down kerja yang patut dibuat keesokkan harinya .

5. Orang yang berjaya , menyimpan diari ( dan Blog )  haha.

6. Matlamat orang berjaya , bukanlah sekadar menyiapkan tugasannya , malahan mencuba buat yang terbaik. Apabila mereka ini diberikan tugasan , mereka akan buat dengan bersungguh - sungguh  dan tidak akan diganggu oleh orang disekitarnya.. Walaupun mereka diberi tugasan yang mereka tidak sukai , mereka tetap melaksanakannya . Senang cerita , mereka nak perfect je la :)

7. Orang yang berjaya ,ialah seorang yang kerjakuat , sistematik , dan mendetailkan segala apa yang dilakukan.

8. Orang yang berjaya , akan sentiasa mengingatkan diri sendiri. Mereka akan memotivasikan diri sendiri supaya tak cepat give up dan percaya yang mereka boleh melakukannya .

9. Orang yang berjaya , percaya akan diri sendiri. Mereka sentiasa membayangkan kejayaan . Secara tak langsung , ianya terus mendorong mereka membuat yang terbaik dalam setiap yang dilakukan.

10. Orang yang berjaya , sentiasa bersemangat , bertenaga dan bersedia.

11. Orang yang berjaya , mempunyai misi dan visi tersendiri. Mereka bekerja untuk mencapai sesuatu dan bukanlah semata- mata kerana duit.

12. Orang yang berjaya adalah sangat sistematik dan berdisiplin

13. Dan yang terakhir ialah , orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan untuk berjaya , dan kegagalan bukanlah penyebab jatuhnya semangat.

Baca dan amalkan ye :D
 
Semoga kita menjadi orang yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT